Aku Sebuah Televisyen
Aku sebuah televisyen. Aku dilahirkan di
Shah Alam, Malaysia. Nama aku ialah Panasonic, jenama yang terkenal di
negara aku. Setelah siap tubuh badanku dibuat, aku dimasukkan ke dalam
sebuah kotak yang besar kerana aku berukuran 80 sentimeter. Selepas itu,
aku dan rakan-rakan dieksport ke pelbagai negara di seluruh dunia
dengan menaiki kapal terbang. Aku dihantar ke sebuah pulau yang bernama
Singapura.
Setibanya aku di Singapura, aku dapati negara ini
mempunyai cuaca yang sama dengan tempat asalku. Aku berasa bertuah
kerana dihantar ke sebuah negara yang sememangnya aman, bersih dan
harmoni. Aku dihantar ke sebuah kedai barangan elektrik yang berhawa
dingin. Situasi ini perlu untuk diriku demi menjaga tubuh badanku yang
tidak tahan akan sinaran panas terik matahari.
Rupa aku memang
berlainan dengan televisyen yang lain. Aku merupakan modal televisyen
yang baharu dan berbentuk LCD. Sewaktu dipamerkan, diriku menjadi
perhatian ramai terutama mereka yang suka akan modal baru televisyen.
Hargaku sedikit mahal berbanding dengan televisyen lain kerana
keistimewaan aku. Aku berharga RM1000.00.
Pada suatu hari, aku
telah dibeli oleh seorang lelaki yang bekerja sebagai pengurus syarikat.
Aku dibawa balik ke rumah dan dipasang. Aku berasa beruntung kerana
tuanku sangat menyayangi diriku. Kehidupan baharu amat menggembirakan.
Setiap malam, tuanku dan keluarganya menggunakan aku untuk menonton
rancangan televisyen. Tuan aku menjaga aku dengan baik.
Sekelip
mata aku telah berkhidmat kepada tuan selama 5 tahun! Aku berasa begitu
gembira kerana masih lagi digunakan oleh tuanku. Walaupun tuanku sudah
berpindah ke tempat lain, namun beliau tetap membawa aku ke tempat yang
baharu. Aku amat berharap agar aku dapat menyumbangkan jasa baktiku
hingga aku tidak boleh digunakan lagi.
Thursday, 5 July 2012
Sunday, 24 June 2012
Saturday, 23 June 2012
KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH
Karangan Berdasarkan Bahan rangsangan (Bahagian A)
Dalam
meniti kehidupan pada marcapada,pelbagai jenis gejala sosial yang kian
teruk melanda negara kita terutamanya kes penyalahgunaan dadah dalam
kalangan rakyat Malaysia semakin serius serta semakin luas menular ke
serata dunia. Masalah ini ibarat ‘duri dalam daging’. Saban hari,kes
penyalahgunaan dadah yang membuatkan kita menjadi walang ini sering
terpampang di dada media cetak dan “terjerit” keluar dari corong-corong
media elektronik. Fenomena ini ternyata amat mendukacitakan semua
pihak.Apakah impak atau implikasi penyalahgunaan dadah? Hal inilah
persoalan yang harus dijadikan renungan dan perbincangan kita.
Terdapat
banyak kesan atau impak yang negatif akibat penyalahgunaan
dadah,antaranya adalah masa depan penagih dadah tersebut tidak terjamin
serta seolah-olah membawa diri ke kancah kemusnahan. Penagih dadah
tersebut bukan sahaja menuju ke arah kemusnahan masa depan dirinya malah
telah membahayakan kesihatan di mana akan meninggikan risiko untuk
mendapat penyakit jangkitan jantung, AIDS, Hepatitis B, C dan D,
kerosakan buah pinggang,otot-otot badan mengecut dan berkemungkinan
lumpuh. Kesan fizikal pula ialah apabila sekiranya bekalan dadah tidak
diperoleh,mereka akan berasa keluh-kesah, gian, dan amat menderita.
Jelasnya mereka akan berperang dengan kematian kerana terdedah dengan
penyakit AIDS yang amat digeruni. Bak kata pepatah “sesal dahulu
pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya”.
Sementelahan
pula,keluarga penagih turut akan mendapat aib apabila masyarakat
setempat mengetahui salah seorang anggota dari keluarga tersebut
terlibat dalam gejala tersebut. Secara langsung, maruah serta imej
keluarga akan terjejas. Masyarakat setempat akan memandang rendah serta
menghina keluarga tersebut. Hal ini akan mengakibatkan mereka yang tidak
bersalah dalam keluarga tersebut dianggap bersalah serta mereka tidak
dapat hidup dalam keadaan yang harmoni. Di samping itu,anggota yang
terbabit terpaksa menggembleng tenaga untuk memikirkan jalan keluar yang
baik dengan menghantarnya ke hospital serta harus membiayai kos
perubatan yang mahal.Bak kata pepatah” nasi sudah menjadi bubur”.
Akhir
sekali, kesan penyalahgunaan dadah dalam kalangan rakyat akan
menjejaskan ekonomi negara.Hal ini demikian kerana, imej dan maruah
negara akan terjejas di persada dunia yang akan menyebabkan urusan
politik yang membabitkan perdagangan dengan negara-negara lain tidak
dapat berjalan dengan lancar. Bagi menggelakkan kejadian ini berlaku,
kerajaan telah melancarkan kempen antidadah di seluruh negara secara
meluas.Namun demikian,tanggungjawab untuk memerangi dadah seharusnya
kita pikul bersama.
Konklusinya,kita
harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk memerangi dadah. Najis
dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah sifar. Marilah kita
bersama-sama menghapuskan najis dadah yang “menjahanamkan” masyarakat
daripada terus hadir di Malaysia. Kita tiada pilihan melainkan hanya
satu slogan di hati dan di minda pada setiap masa iaitu “Perangi Dadah
Habis-Habisan”.
karya:
Muhd Zulhelmi Makhdhar
2RKA 2012
SMK Sri Tanjung
Friday, 25 May 2012
naruto dan hachibi

BIJU

“Rikudou-Sennin” seorang Jincurikinya Juubi (Ekor 10) perpaduan dari sukaku sampai Kyubi Sebenarnya semua siluman lahir dari satu ekor siluman yaitu Si ekor 10 Atau Juubi
“Dimasa lampau, Pemilik ke enam elemen The Sage of the six paths–> yg punya mata Rinnegan

![]() |

Nekomata atau Nibi si ekor dua

Nama: Nekomata, kucing iblis berekor dua (Nibi no Nekomata)
Jenis: Nekomata
Jinchuuriki: Yugito
Kemampuan khusus: Kemampuan elemen api
Status: Ditangkap oleh Akatsuki (HIDAN dan KAKUZU)
Sanbi si ekor tiga

Nama: Sanbi si ekor tiga Sanbi ( Isonade)
Jenis: Makhluk seperti kura-kura
Jinchuuriki: tidak ada/liar. Sebelumnya seorang ninja dari Kirigakure
Status: Ditangkap oleh Akatsuki (Deidara)
Yonbi si ekor empat
Nama: {{|Yonbi, Si ekor empat|鼠蛟 atau 四尾|Yonbi no saru
Jenis: Seekor Kera Berwarna merah
Jinchuuriki: Seorang kakek yang bernama Roushi
Status: Ditangkap oleh Akatsuki (Itachi dan Kisame)

Gobi si ekor lima
Nama:Gobi si ekor lima {Gobi no hokou}
Jenis:Seekor makhluk dengan kepala lumba-lumba bertubuh kuda
Jinchuuriki:Ninja Iwa Bernama Han
Status: Ditangkap Akatsuki

Rokubi si ekor enam
Nama: Rokubi si ekor enam Rokubi no raijuu
Jenis: Siput Bertangan dan Berkaki
Jinchuuriki: Seorang ninja muda bernama Utakata
Status: Ditangkap oleh akatsuki (Pain Yahiko)

Nanabi si ekor tujuh
Nama: Nanabi si ekor tujuh |七尾|Nanabi}}
Jenis: Sejenis Kumbang Biru yang memiliki tanduk,mempunyai 6 sayap dan 1 sengat di bagian belakang tubuhnya sebagai ekornya
Jinchuuriki: Seorang Kunoichi dari desa Takigakure bernama Fuu
Status: Ditangkap dan disegel Akatsuki

Hachibi si ekor delapan
Nama: Ushi-oni, Si ekor delapan (Hachibi)
Jenis: Banteng berekor delapan (gabungan dari banteng dan gurita)
Jinchuuriki: Killer Bee Ninja berasal dari Kumogakure
Kemampuan khusus: Dapat menyemburkan bola api raksasa
Status: menjadi guru naruto agar bisa mengendalikan kyubi

Foto – Foto Si Ekor 8 | ||
![]() |
||
Gambar 1 | ||
![]() |
||
Gambar 2 | ||
![]() |
||
Gambar 3 | ||
![]() |
||
Gambar 4 | ||
![]() |
||
Gambar 5 | ||
![]() |
||
Gambar 6 | . |
Kyuubi (Yoku) si ekor sembilan
Nama: Kyuubi si ekor sembilan
Jenis: Musang atau seperti Rubah berekor sembilan
Jinchuuriki: Uzumaki Naruto Status : Belajar agar bisa mengendalikan Kyubi
Foto – Foto si ekor 9 | ||
![]() |
||
Gambar 1 | ||
![]() |
||
Gambar 2 | ||
![]() |
||
Gambar 3 | ||
![]() |
||
Gambar 4 | ||
![]() |
Wednesday, 23 May 2012
perbaincangan tentang syaaban
Disediakan oleh Muhammad Zulhelmi Makhdhar
2012 ....Terkini...Sensasi..........
HADIS-HADIS TENTANG ALLAH MEMERHATIKAN HAMBA-HAMBA-NYA PADA MALAM NISFU SYA’BAN, PENILAIAN MENURUT NERACA RIWAYAT DAN DIRAYAH
Rata-rata di kalangan masyarakat Islam, mempercayai bahawa malam nisfu Sya’ban atau malam 15 Sya’ban mempunyai kelebihan yang sangat istimewa dan padanya diputuskan segala qadha` dan qadar. Benarkah begitu? Ulama hadis yang terdahulu seperti al-Bukhari, al-Tirmizi, al-Daruqutni, Abu Hatim, al-Bazzar dan lain-lain telah memutuskan hadis-hadis tentang kelebihan tersebut tidak sahih dan tidak boleh dipertanggungjawab. Walau bagaimanapun sebahagian ulama al-mutakhirin cuba mentashihkan salah satu daripada hadis-hadis tersebut. Hadis tersebut mengenai Allah memerhatikan hamba-hamba-Nya pada malam nisfu Sya’ban.
Antara ulama yang cuba mentashihkannya ialah al-Mubarakpuri dalam Tuhfah al-Ahwazi, (jil. 3, hal. 503-504) menulis bahawa berhubung dengan kelebihan nisfu Sya’ban terdapat beberapa hadis yang menunjukkan bahawa ia mempunyai asal. Al-Albani dalam kitabnya, Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, (jil. 3, hal. 135-139), menyimpulkan bahawa banyaknya jalan bagi hadis ini melebihi dari kadar yang mencukupi untuk mengangkat status sanadnya, daripada dha’if kepada sahih! Al-Albani berpendapat bahawa hadis ini pada asalnya dha’if . Oleh kerana hadis itu mempunyai banyak jalan maka ia telah dianggap sebagai sahih. Menurut beliau, sanad ini walaupun terdapat perawi yang dha’if namun ia boleh ditampung kerana kedhaifannya itu tidaklah bersangatan.
Artikel ini bertujuan untuk menyoroti kesahihan sanad hadis yang didakwa sebagai sahih berhubung kelebihan malam nisfu Sya’ban. Sejauh manakah kaedah pentashihan yang digunakan oleh ulama yang memutuskannya sebagai sahih itu menepati kaedah riwayah dan dirayah hadis.
Pertama: Riwayat Mu’az bin Jabal
- حدثنا محمد بن أبي زرعة ، نا هشام بن خالد ، نا أبو خليد عتبة بن حماد ، عن الأوزاعي ، وابن ثوبان ، عن أبيه عن مكحول ، عن مالك بن يخامر ، عن معاذ بن جبل قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « يطلع الله على خلقه في ليلة النصف من شعبان ، فيغفر لجميع خلقه ، إلا لمشرك أو مشاحن « لم يرو هذا الحديث عن الأوزاعي ، وابن ثوبان إلا أبو خليد عتبة بن حماد ، تفرد به عن الأوزاعي : هشام بن خالد »
Muhammad bin Abi Zur’ah menceritakan kepada kami katanya, Hisyam bin Khalid menceritakan kepada kami katanya Abu Khulaid ‘Utbah bin Hammad menceritakan kepada kami daripada al-Auza’i dan Ibn Thawban daripada ayahnya daripada Makhul daripada Malik bin Yukhamir daripada Mu’az bin Jabal katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. memerhatikan hamba-hambanya pada malam nisfu Sya’ban lalu mengampunkan semua mereka kecuali orang musyrik atau orang yang suka berbalah.”
(al-Tabarani dalam al-Mujam al-Awsat, no: 6776, jil. 7, hal. 36, Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah Bi Takhrij al-Albani, jil. 1, hal. 264, Sahih Ibn Hibban, no: 5665)
Perawi-perawi hadis Mu’az
1- ‘Utbah bin Hammad
Dalam Tahzib al-Tahzib, jil. 4, hal. 63:
قال أبو حاتم شيخ وقال أبو علي النيسابوري والخطيب ثقة وذكره ابن حبان في الثقات
Abu Hatim mengatakan beliau seorang syaikh (lafaz ta’dil yang rendah). Abu ‘Ali al-Naisaburi dan al-Khatib mengatakan beliau seorang thiqah serta disebutkan oleh Ibn Hibban di dalam Kitab al-Thiqat.
Dalam Taqrib al-Tahzib, Hafiz Ibn Hajar menyimpulkan beliau sebagai seorang yang saduq. (hal. 335)
2- Ibn Thauban
Namanya ialah Abdul Rahman bin Thabit bin Thauban. Al-Zahabi menulis: “Duhaim mengatakan Ibn Thauban thiqah. Ibn Ma’in mengatakan, tidak mengapa dengannya. Abu Hatim mengatakan beliau thiqah. Uthman bin Sa’id meriwayatkan bahawa Ibn Ma’in mengatakan beliau dha’if. Imam Ahmad mengatakan hadis-hadisnya mungkar. Al-Nasa’i mengatakan dia seorang yang bukan kuat dalam hadis. (Mizan al-I’tidal, jil. 4, hal. 264). Muhammad bin Ali berkata saya mendengar Ahmad bin Hanbal ditanya tentang Abdul Rahman bin Thabit bin Thauban, bagaimana keadaannya. Beliau menjawab, beliau bukan seorang yang kuat dalam hadis. (Tahzib al-Tahzib, jil. 3, hal. 346)
Hafiz Ibn Hajar menyebutkan, beliau seorang saduq melakukan kesilapan, dituduh berfahaman qadariyyah dan ingatannya berubah di akhir hayat. (Taqrib al-Tahzib, hal. 289)
Berhubung dengan hadis kelebihan malam nisfu Sya’ban ini, Ibn Thauban meriwayatkannya secara tidak tetap, kadang-kadang meriwayatkan daripada Makhul (riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah), dan ada kalanya daripada ayahnya daripada Makhul (riwayat al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin dan Ibn Hibban dalam kitab sahihnya). (lihat Abu al-Laith, al-Marwiyyat Fi Fadhl Lailah al-Nisf, hal. 46-49)
Ibn Abi Hatim berkata, saya bertanya kepada ayah saya tentang hadis yang diriwayatkan oleh Abu Khulaid al-Qari daripada al-Awza’i daripada Makhul – dan daripada Ibn Thauban daripada ayahnya daripada Makhul – daripada Malik bin Yukhamir daripada Mu’az bin Jabal… Ayah saya menjawab: Ini adalah hadis munkar dengan sanad ini, tidak ada yang meriwayatkan dengan sanad ini selain daripada Abu Khulaid dan saya tidak tahu dari mana beliau membawanya. Saya bertanya lagi: “Bagaimana dengan keadaan Abu Khulaid?” beliau menjawab: Seorang syaikh (lafaz ta’dil yang rendah dan boleh ditulis hadisnya untuk i’tibar). (Ibn Abi Hatim, al-‘Ilal, jil. 5, hal. 322-323)
« لم يرو هذا الحديث عن الأوزاعي ، وابن ثوبان إلا أبو خليد عتبة بن حماد ، تفرد به عن الأوزاعي : هشام بن خالد »
Kata al-Tabarani: Hadis ini tidak diriwayatkan daripada al-Awza’i dan Ibn Thauban kecuali Abu Khulaid bin Hammad dan Hisyam bin Khalid pula berseorangan meriwayatkannya daripada al-Awza’i. (al-Mu’jam al-Awsat, jil. 7, hal. 36)
3- Makhul, mufti Dimasyq dan yang paling alim di kalangan ahlinya. Bukan seorang yang mengatakan beliau thiqah. Ibn Sa’d mengatakan, sekumpulan ulama mendhaifkan beliau. Al-Zahabi mengatakan, beliau seorang yang melakukan tadlis dan dituduh menafikan taqdir serta meriwayatkan secara mursal daripada Ubay, ‘Ubadah bin al-Somit, ‘Aishah dan Abu Hurairah. (Mizan al-I’tidal, jil. 6, hal. 509-510)
Al-Hakim mengatakan riwayatnya daripada sahabat adalah melalui perantaraan. (Ma’rifah ‘Ulum al-Hadith, hal. 111)
Di samping itu, Makhul dan Malik bin Yakhamir tidak pernah bertemu. (Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, jil. 3, hal. 135). Ini bermakna sanad ini terputus. Seorang perawi telah gugur antara Malik bin Yukhamir dan Makhul. Tidak dapat diketahui siapakah orangnya, sama ada seorang yang dipercayai atau tidak.
Ringkasnya, sanad riwayat Mu’az terputus di samping terdapat seorang perawi yang dipertikai oleh ulama. Walaupun jalan hadis ini banyak namun madar sanad (paksi bagi sanad) adalah Ibn Thauban dan Makhul. Tambahan pula, Ibn Thauban tidak tetap dalam menyebutkan riwayat ini. dan Makhul sendiri juga ada meriwayatkan daripada Abu Tha’labah. Bagi menjelaskan lagi berlakunya idhtirab dalam hadis ini, lihat apa jawapan tokoh ulama ’Ilal al-Hadith, al-Daruqutni terhadap soalan yang dikemukakan kepadanya tentang hadis Malik bin Yukhamir daripada Mu’az:
“Diriwayatkan daripada Makhul dan terdapat perbezaan periwayatan daripadanya. Abu Khulaid ‘Utbah bin Hammad al-Qari meriwayatkan daripada al-Awza’i, daripada Makhul dan daripada Ibn Thauban daripada ayahnya daripada Makhul daripada Malik bin Yukhamir daripada Mu’az bin Jabal. Demikian kata Hisyam bin Khalid daripada Abu Khulaid.
Sulaiman bin Ahmad al-Wasiti telah menyalahinya. Beliau meriwayatkan hadis ini daripada Abi Khulaid daripada Ibn Thauban daripada ayahnya daripada Khalid bin Mi’dan daripada Kathir bin Murrah daripada Mu’az bin Jabal. Kedua-dua hadis ini tidak mahfuz.
Hadis ini juga diriwayatkan daripada Makhul dengan beberapa riwayat. Kata Hisyam bin al-Gahz daripada Makhul daripada ‘Aishah. Dikatakan juga daripada Ahwas bin Hakim daripada Makhul daripada Abi Tha’labah. Dikatakan juga daripada Makhul daripada Abi Idris secara mursal. Hajjaj bin Artah berkata daripada Makhul daripada Kathir bin Murrah secara mursal. Dikatakan juga daripada Makhul sebagai kata-katanya. Hadis ini tidak sabit (tidak sahih).” (‘Ilal al-Daruqutni, jil. 6, hal. 50-51)
Kedua: Riwayat Abi Tha’labah
أخبرنا أبو طاهر الفقيه ، أخبرنا أبو حامد بن بلال ، حدثنا محمد بن إسماعيل الأحمسي ، حدثنا المحاربي ، عن الأحوص بن حكيم ، عن المهاصر بن حبيب ، عن مكحول ، عن أبي ثعلبة الخشني ، عن النبي صلى الله عليه وسلم ، قال : « إذا كان ليلة النصف من شعبان اطلع الله إلى خلقه فيغفر للمؤمن ، ويملي للكافرين ، ويدع أهل الحقد بحقدهم حتى يدعوه »
Abu Tahir al-Faqih memberitahu kepada kami katanya, Abu Hamid bin Bilal memberitahu kepada kami katanya, Muhammad bin Isma’il al-Ahmasi menceritakan kepada kami katanya, al-Muharibi menceritakan kepada kami daripada al-Ahwas bin Hakim daripada al-Muhasir bin Habib daripada Makhul daripada Abi Tha’labah al-Khusyani daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: “Apabila malam nisfu Sya’ban Allah memerhatikan hamba-hamba-Nya lalu mengampunkan orang-orang mukmin membiarkan orang kafir dan membiarkan orang-orang yang berdengki dengan kedengkian mereka sehinggalah mereka meninggalkannya. (al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, jil. 3, hal. 381)
حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ بن إِسْحَاقَ التُّسْتَرِيُّ، ثَنَا عَلِيُّ بن بَحْرٍ، ثَنَا عِيسَى بن يُونُسَ، ثَنَا الأَحْوَصُ بن حَكِيمٍ، عَنْ حَبِيبِ بن صُهَيْبٍ، عَنْ أَبِي ثَعْلَبَةَ الْخُشَنِيِّ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:إِنَّ اللَّهَ يَطْلُعُ عَلَى عِبَادِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِلْمُؤْمِنِينَ وَيُمْلِي الْكَافِرِينَ وَيَدَعُ أَهْلَ الْحِقْدِ بِحِقْدِهِمْ حَتَّى يَدْعُوهُ.
Al-Husain bin Ishaq al-Tustari menceritakan kepada kami katanya, ‘Ali bin Bahr menceritakan kepada kami, katanya al-Ahwas menceritakan kepada kami daripada Habib bin Suhaib daripada Abi Tha’labah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t. memerhatikan hambanya pada malam nisfu Sya’ban lalu mengampunkan orang-orang mukmin membiarkan orang kafir dan membiarkan orang-orang yang berdengki dengan kedengkian mereka sehinggalah mereka meninggalkannnya. (al-Tabarani, al-Mu’jam al-Kabir, no: 18038)
1- Al-Ahwas bin Hakim, seorang yang dhaif. Al-Zahabi menulis: Ibn Ma’in mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa nilai. Al-Nasa`i mengatakan dia seorang yang dha’if. Ibn al-Madini mengatakan dia tidak mempunyai apa-apa nilai dan hadisnya tidak boleh ditulis. (Mizan al-I’tidal, jil. 1, hal. 315)
2- Makhul tidak mendengar daripada mana-mana sahabat. Kebanyakan riwayatnya daripada sahabat adalah munqati’.
Al-Daruqutni menyebutkan tentang hadis Habib bin Suhaib daripada Abi Tha’labah, katanya, hadis ini diriwayatkan oleh al-Ahwas dan berlaku perbezaan dalam meriwayatkan daripadanya. ‘Isa bin Yunus meriwayatkannya daripada al-Ahwas daripada Habib bin Suhaib daripada Abi Tha’labah. Makhlad telah menyalahinya dengan meriwayatkannya daripada al-Ahwas daripada Muhasir bin Habib daripada Abi Tha’labah. Al-Daruqutni menyimpulkan bahawa hadis ini mudhtarib dan tidak thabit. (‘Ilal al-Daruqutni, jil. 6, hal. 323)
Dalam sanad al-Baihaqi yang disebutkan di atas ada perantaraan di antara al-Muhasir bin Habib dan Abi Tha’labi iaitu Makhul dan Makhul sendiri tidak pernah mengambil riwayat daripada sahabat. Ini bermakna jalan al-Muhasir juga munqati’.
Jika kita merujuk kembali sanad-sanad hadis Mu’az dan hadis Abi Tha’labah sebenarnya kedua-duanya adalah hadis yang sama kerana berlaku idhtirab (ketidaktetapan) dalam meriwayatkan hadis ini. Sebagaimana Makhul meriwayatkan juga sebagai hadis Mu’az, beliau juga menyebutkannya sebagai hadis Abi Tha’labah.
Ketiga: Riwayat Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash
ثنا حسن ثنا بن لهيعة ثنا حيي بن عبد الله عن أبي عبد الرحمن الحبلي عن عبد الله بن عمرو ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : يطلع الله عز وجل إلى خلقة ليلة النصف من شعبان فيغفر لعباده الا لاثنين مشاحن وقاتل نفس
Hasan menceritakan kepada kami katanya, Ibn Lahi’ah menceritakan kepada kami katanya, Huyai bin Abdullah menceritakan kepada kami daripada Abi ‘Abdul Rahman al-Hubali daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bahawa Rasulullah s.aw. bersabda: “Allah s.w.t. memerhatikan hamba-Nya pada malam nisfu Sya’ban lalu mengampunkan hamba-hamba-Nya kecuali dua orang, orang yang suka berbalah dan pembunuh.” (Musnad Ahmad, no: 6642)
Perawi-perawinya:
1- Abdullah bin Lahi’ah
Al-Zahabi menulis: “Ibn Ma’in mengatakan dia seorang yang dha’if dan tidak boleh dijadikan hujah. Al-Humaidi meriwayatkan daripada Yahya bin Sa’id bahawa beliau tidak memandang Ibn Lahi’ah dengan apa-apapun. Ibn Mahdi mengatakan, saya tidak mengambil apa-apa riwayat daripada Ibn Lahi’ah. Dia telah menulis kepada saya sepucuk surat yang tertulis padanya, ‘Amar bin Syu’aib menceritakan kepada kami. Lalu saya membacakannya kepada Ibn al-Mubarak lalu beliau mengemukakan hadis itu kepada saya daripada kitab. Ibn al-Mubarak berkata, Ishaq bin Abi Farwah melaporkan kepada saya daripada ‘Amr bin Syu’aib. Yahya bin Bukair mengatakan, rumah dan kitab-kitab Ibn Lahi’ah terbakar pada tahun 170 H. Imam Ahmad mengatakan, Ibn Lahi’ah sering menulis hadis daripada al-Muthanna bin al-Sabbah (seorang yang dha’if) daripada ‘Amr bin Syu’aib. Kemudian selepas itu dia menceritakan hadis-hadis itu terus daripada ‘Amar (Ibn Lahi’ah melakukan tadlis dengan menggugurkan perawi yang dha’if). Yahya bin Sa’id mengatakan, Bisyr bin al-Sariy menasihati saya, sekiranya kamu menemui Ibn Lahi’ah, janganlah kamu mengambil daripadanya walaupun satu riwayat. Yahya bin Ma’in mengatakan, dia seorang yang lemah sebelum dan selepas terbakar kitab-kitabnya. Abu Zur’ah mengatakan, sama sahaja riwayat-riwayatnya yang terdahulu dan kemudian. Hadis-hadisnya tidak boleh dijadikan hujah. Al-Nasa`i mengatakan dia seorang yang lemah. Abu Zur’ah dan Abu Hatim mengatakan keadaannya tidak tetap tetapi boleh ditulis hadisnya untuk i’tibar. Ibn Hibban mengatakan, saya telah memeriksa riwayat-riwayat Ibn Lahi’ah dalam riwayat orang sebelumnya dan selepasnya lalu saya dapati ada campur aduk dalam orang yang mengambil daripadanya dan banyak hadis yang tidak terdapat dalam riwayat orang sebelumnya. Oleh itu, saya memeriksa jalan-jalan hadis dan saya dapati beliau menyembunyikan kumpulan perawi yang lemah lalu menisbahkan kepada kumpulan perawi yang thiqah. Dengan itu, riwayat-riwayat palsu menyusupi dalam riwayatnya. Dalam satu riwayatnya daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda pada ketika sakitnya: “Panggilkan untukku saudaraku.” Lalu Abu Bakar dipanggil. Tiba-tiba baginda berpaling daripadanya. Kemudian baginda bersabda: “Panggilkan untukku saudaruku.” Kemudian dipanggil Uthman lalu baginda berpaling daripadanya. Kemudian dipanggil ‘Ali. Lalu Rasulullah menyelimutkan ‘Ali dengan selimutnya dan mengadapnya. Apabila ‘Ali keluar daripada Rasulullah s.a.w., orang bertanya: “Apakah yang Rasulullah s.a.w. katakan kepada anda? Ali menjawab: “Baginda mengajar kepada saya seribu bab dan setiap bab membuka seribu bab.”
Ibn ‘Adi mengatakan, riwayat ini direka oleh Ibn Lahi’ah kerana dia seorang pelampau dalam fahaman Syi’ah. Al-Bukhari mengatakan dia seorang yang munkar hadisnya. (lihat Mizan al-I’tidal, jil. 4, hal. 167-174)
2- Huyai bin Abdullah al-Ma’afir al-Misri.
Al-Bukhari mengatakan hadisnya dipertikaikan. Al-Nasa`i mengatakan beliau bukan seorang yang kuat. Imam Ahmad sendiri mengatakan hadis-hadisnya mungkar. Ibn ‘Adi pula mengatakan, Ibn Lahi’ah meriwayatkan daripadanya berpuluh hadis yang kebanyakannya mungkar (Mizan al-I’tidal, jil. 2, hal. 401)
Ini bererti dalam sanad hadis ini terdapat dua perawi yang sangat dha’if iaitu Abdullah bin Lahi’ah dan Huyai bin Abdullah.
Sheikh al-Albani menyebutkan Risydin bin Sa’d menjadi mutabi’ kepada Ibn Lahi’ah. (Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, jil. 3, hal. 136)
Walau bagaimanapun, mutaba’ah ini tidak dapat memberikan apa-apa faedah kerana Risydin itu seorang yang sangat dha’if.
Imam Ahmad berkata, beliau tidak mempedulikan daripada siapa riwayat diambil. Tetapi tidak mengapa dengan hadisnya dalam bab riqaq (hadis-hadis yang melembutkan hati). Ahmad juga berkata, saya harap dia elok hadisnya. Ibn Ma’in berkata, beliau tidak ada nilai. Abu Zur’ah berkata, beliau seorang yang dha’if. Al-Jawzajani berkata, dia mempunyai banyak hadis munkar. Al-Nasa’i berkata, dia seorang yang matruk. (Mizan al-I’tidal, jil. 3, hal. 75-76 )
Ringkasnya, riwayat ini terdapat dua orang perawi dha’if dan ianya tidak boleh dikuatkan dengan hadis perawi yang lebih lemah lagi daripadanya.
Keempat: Riwayat Abu Musa al-Asy’ari
حَدَّثَنَا رَاشِدُ بْنُ سَعِيدِ بْنِ رَاشِدٍ الرَّمْلِيُّ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ عَنْ ابْنِ لَهِيعَةَ عَنْ الضَّحَّاكِ بْنِ أَيْمَنَ عَنْ الضَّحَّاكِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَرْزَبٍ عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ لَيَطَّلِعُ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَقَ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَسْوَدِ النَّضْرُ بْنُ عَبْدِ الْجَبَّارِ حَدَّثَنَا ابْنُ لَهِيعَةَ عَنْ الزُّبَيْرِ بْنِ سُلَيْمٍ عَنْ الضَّحَّاكِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا مُوسَى عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَهُ
Rasyid bin Sa’id bin Rasyid al-Ramli menceritakan kepada kami katanya, al-Walid menceritakan kepada kami daripada Ibn Lahi’ah daripada al-Dhahhak bin Aiman daripada al-Dhahhak bin ‘Abdul Rahman bin ‘Arzab daripada Abu Musa al-Asy’ari daripada Rasulullah s.a.w., sabdanya: “Sesungguhnya Allah s.w.t. memerhatikan hamba-Nya pada malam nisfu Sya’ban lalu mengampunkan semua makhluq-Nya kecuali orang yang syirik atau orang yang suka berbalah. (Ibn Majah, no: 1390)
Muhammad bin Ishaq menceritakan kepada kami katanya Abu al-Aswad alNadhr bin ‘Abdul Jabbar menceritakan kepada kami katanya Ibn Lahi’ah menceritakan kepada kami daripada al-Zubair bin Sulaim daripada al-Dhahhak bin ‘Abdul Rahman daripada ayahnya, katanya saya mendengar Abu Musa menceritakan daripada Rasulullah s.a.w. lebih kurang sama dengannya (riwayat sebelumnya).
Perawi-perawi riwayat ini:
1- Al-Walid bin Muslim
2- Abdullah bin Lahi’ah
3- Al-Dahhak bin Aiman al-Kalbi
4- Al-Dahhak bin ‘Abdul Rahman bin ‘Arzab
5- Al-Zubair bin Sulaim
6- ‘Abdul Rahman bin ‘Arzab
Sebab-sebab dhaif yang terdapat dalam riwayat ini ialah:
1- Al-Walid bin Muslim, seorang perawi mudallis. (Taqrib al-Tahzib, hal. 539). Di sini beliau meriwayatkan secara ‘An’anah (cara periwayatan yang mengandaikan perawi itu tidak menerima secara langsung daripada perawi sebelumnya.)
2- Ketidaktetapan berlaku dalam riwayat Ibn Lahi’ah
Ibn Lahi’ah meriwayatkan secara tidak tetap. Sekali meriwayatkan daripada Al-Dahhak bin ‘Abdul Rahman. Pada kali yang lain pula meriwayatkan daripada Al-Zubair bin Sulaim. Sekali menyebut sebagai riwayat ‘Abdul Rahman bin ‘Arzab. Sekali menyebut riwayat ‘Arzab.
3- Sanad terputus antara Al-Dahhak bin ‘Abdul Rahman dan Abu Musa al-Asy’ari
Dalam Kasyf al-Hajah Syarh Sunan Ibn Majah, ‘Allamah Abu al-Hasan al-Sindi menukilkan daripada al-Munziri bahawa Al-Dahhak bin ‘Abdul Rahman tidak pernah bertemu Abu Musa al-Asy’ari. (Sunan Ibn Majah berserta dengan Kasyf al-Hajah, juz. 2, hal. 86)
4- Dalam sanad yang satu lagi al-Dhahhak meriwayatkan daripada ayahnya. Bagaimanapun ayahnya itu, ‘Abdul Rahman bin ‘Arzab adalah seorang perawi majhul.
Berkenaan al-Dahhak bin Aiman al-Kalbi pula al-Zahabi menulis:
Beliau guru kepada Ibn Lahi’ah, tidak diketahui siapakah beliau itu dan beliau mempunyai riwayat tentang malam nisfu Sya’ban. (Mizan al-I’tidal, jil. 3, hal. 441)
Ringkasnya, sanad ini mudhtarib dan terdapat perawi mudallis, dha’if dan majhul. Ini bermakna sanad sangat lemah dan kelemahan tidak boleh ditampung walaupun dengan banyak jalan sanad.
Kelima: Riwayat Abu Hurairah
أخبرني عبد العزيز بن علي الأزجي حدثنا عبيد الله بن أحمد بن علي المقرىء حدثنا محمد بن مخلد حدثنا يعقوب بن إسحاق القلوسي. وأخبرنا القاضي أبو عمر القاسم بن جعفر بن عبد الواحد الهاشمي حدثنا أبو بشر عيسى بن إبراهيم بن عيسى الصيدلاني حدثنا أبو يوسف القلوسي حدثنا عبد الله بن غالب العبداني حدثنا هشام بن عبد الرحمن الكوفي – وقال الصيدلاني هشام بن عبد الملك لعله بن عبد الرحمن الكوفي وقدم علينا مرابطاً ثم اتفقا – عن الأعمش عن أبي صالح عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ” ليلة النصف من شعبان يغفر الله لعباده إلا لمشرك أو لعبد مشاحن ” .
‘Abdul al-‘Aziz bin ‘Ali al-Azji memberitahu kepada kami, katanya, ‘Ubaidullah bin Ahmad bin ‘Ali al-Muqri` menceritakan kami, katanya, Muhammad bin Makhlad menceritakan kepada kami Ya’qub bin Ishaq al-Qalusi dan Qadhi Abu ‘Umar al-Qasim bin Ja’far bin ‘Abd al-Wahid al-Hasyimi menceritakan kepada kami katanya, Abu Bisyr ‘Isa bin Ibrahim bin ‘Isa al-Saidalani menceritakan kepada kami katanya, Abu Yusuf al-Qalusi menceritakan kepada kami katanya, Abdullah bin Ghalib al-‘Abdani menceritakan kepada kepada kami katanya, Hisyam bin Abdul Rahman al-Kufi menceritakan kepada kami- kata al-Saidalani Hisyam bin ‘Abdul Malik, boleh jadi ia Ibn Abdul Rahman al-Kufi yang datang menemui kami di Murabit, kemudian sanad mereka bertemu- daripada al-A’masy daripada Abi Soleh daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pada malam nisfu Sya’ban Allah s.w.t. mengampunkan hamba-hamba-Nya kecuali orang yang syirik atau orang yang suka berbalah. (Tarikh Baghdad, jil. 14, hal. 85)
Perawi-perawinya:
1 – ‘Abdullah bin Ghalib al-‘Abdani.
Hafiz Ibn Hajar mengatakan dia seorang yang mastur (tidak diketahui keadaannya) (Taqrib al-Tahzib, hal. 268)
2 – Hisham bin ‘Abdul Rahman,
Beliau adalah seorang tidak diketahui siapa. Al-Haithami mengatakan saya tidak mengenalinya. (Majma’ al-Zawa`id, jil 8, hal. 65)
Dalam sanad ini terdapat dua perawi yang tidak dikenali tentang kedudukannya dari segi jarh dan ta’dil.
Keenam: Riwayat Abu Bakar
عن عمرو بن الحارث ، عن عبد الملك بن عبد الملك ، أن مصعب بن أبي ذئب حدثه ، عن القاسم بن محمد بن أبي بكر ، عن أبيه ، أو عن عمه ، عن جده : عن النبي صلى الله عليه وسلم ، قال : « ينزل الله إلى السماء الدنيا ليلة النصف من شعبان فيغفر لكل شيء إلا رجل مشرك أو في قلبه شحناء »
Daripada ‘Amr bin al-Harith daripada‘Abdul Malik bin ‘Abdul Malik bahawa Mus’ab bin Abi Zi`b menceritakan kepadanya daripada al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr daripada ayahnya atau bapa saudaranya daripada datuknya daripada Rasulullah s.a.w. katanya: “Allah s.w.t. turun ke langit dunia pada malam nisfu Sya’ban lalu mengampunkan setiap sesuatu kecuali lelaki musyrik atau orang yang di dalam hatinya ada permusuhan. (Syu’ab al-Iman, no: 3668)
1 – ‘Abdul Malik bin ‘Abdul Malik
Al-Zahabi menulis: al-Bukhari mengatakan hadisnya dipertikaikan, yakni hadis ‘Amr bin al-Harith daripada ‘Abdul Malik (hadis ini). Ibn Hibban dan lain-lain mengatakan, hadisnya tidak ada orang yang menjadi mutabi’ yakni tidak ada perawi lain turut sama meriwayatkannya. (Mizan al-I’tidal, jil. 4, hal. 404)
Hafiz Ibn Hajar menukilkan daripada al-Bukhari yang mengatakan bahawa hadisnya dipertikaikan, ini juga dinukilkan oleh al-‘Uqaili dan beliau menjelaskan bahawa al-Bukhari memaksudkan hadis ini kemudian menyatakan, dalam bab ini terdapat beberapa hadis yang lemah. Ibn ‘Adi juga menukilkan kata-kata al-Bukhari dan menyatakan bahawa ‘Abdul Malik terkenal dengan hadis ini dan tidak ada yang meriwayatkannya daripada beliau kecuali ‘Amr bin al-Harith. Hadis ini dengan sanad ini munkar. (Lisan al-Mizan, jil. 5, hal. 269)
Ini bermakna Ibn ‘Adi menyokong pendapat Imam al-Bukhari yang tidak menganggap banyaknya sanad-sanad yang lemah itu menjadikannya sahih atau sekurang-kurangnya hasan.
2 – Muhammad bin Abu Bakr al-Siddiq
Beliau dilahirkan pada tahun haji terakhir, meriwayatkan daripada ibunya Asma` binti ‘Umais tetapi daripada ayahnya secara mursal (Tahzib al-Tahzib, jil. 5, hal. 54). Ini kerana Muhammad dilahirkan pada tahun kesepuluh hijrah manakala ayahnya meninggal pada tahun ketiga belas hijrah.
Kata al-Bazzar:
وهذه الأحاديث التي ذكرت عن محمد بن أبي بكر عن أبيه في بعض أسانيدها ضعف وهي عندي والله أعلم مما لم يسمعها محمد بن أبي بكر من أبيه لصغره ولكن حدث بها قوم من أهل العلم فذكرنا وبينا العلة فيها
Hadis-hadis yang saya sebutkan ini daripada Muhammad bin Abu Bakar daripada ayahnya, dalam setengah sanad terdapat kedha’ifan. Oleh kerana sekumpulan ahli ilmu menceritakannya maka saya menceritakan juga dengan menjelaskan ‘illah (penyakit) yang terdapat padanya. (Musnad al-Bazzar)
Ringkasnya, riwayat ini mempunyai dua kedha’ifan kerana terdapat perawi yang munkar dan terputus sanad antara Muhammad bin Abi Bakr dengan ayahnya.
Ketujuh: Riwayat ‘Auf bin Malik
حدثنا أحمد بن منصور قال أخبرنا أبو صالح الحراني يعني عبد الغفار بن داود قال أخبرنا عبد الله بن لهيعة عن عبد الرحمن بن زياد بن أنعم عن عبادة بن نسي عن كثير بن مرة عن عوف رضي الله عنه قال قال رسول الله ( يطلع الله تبارك وتعالى على خلقه ليلة النصف من شعبان فيغفر لهم كلهم إلا لمشرك أو مشاحن )
Ahmad bin Mansur menceritakan kepada kami katanya, Abu Soleh al-Harrani yakni ‘Abdul Ghaffar bin Daud menceritakan kepada kami katanya Abdullah bin Lahi’ah memberitahu kepada kami daripada Abdul Rahman bin Ziyad bin An’um daripada ‘Ubadah bin Nusay daripada Kathir bin Murrah daripada ‘Auf katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. memerhatikan hamba-hamba-Nya pada malam nisfu Sya’ban lalu mengampunkan semua mereka kecuali orang yang melakukan syirik atau orang yang suka berbalah. (Musnad al-Bazzar, no: 2754)
Perawi-perawi dhaif dalam sanad ini ialah:
1- Abdullah bin Lahi’ah
2- ‘Abdul Rahman bin Ziyad bin An’um
Al-Nasa`i berkata: ‘Abdul Rahman bin Ziyad bin An’um seorang yang dha’if. Al-Daruqutni mengatakan: Beliau seorang yang tidak kuat. Ibn Hibban berkata: Beliau meriwayatkan hadis-hadis mawdhu’ daripada perawi-perawi thiqah dan meriwayatkan secara tadlis daripada Muhammad bin Sa’id bin Maslub. Ishaq bin Rahawaih berkata: Saya mendengar Yahya bin Sa’id berkata, Abdul Rahman bin Ziyad seorang yang thiqah. Abdul Rahman bin Mahdi berkata: “Tidak sepatutnya meriwayatkan daripada al-Ifriqi walaupun satu hadis. Ibn ‘Adi berkata: Kebanyakan hadisnya tidak diriwayatkan oleh perawi lain.
Ibn al-Qattan berkata: “Di kalangan ulama ada yang menta’dilkan dan mempertahankannya daripada ditolak periwayatannya. Tetapi yang sebenarnya, beliau seorang yang dha’if. Al-Fallas berkata: Yahya dan Abdul Rahman tidak meriwayatkan hadis daripada Abdul Rahman al-Ifriqi. (Mizan al-I’tidal, jil. 4, hal. 280-281)
Ibn Abi Hatim berkata, saya bertanya kepada ayah saya (Abu Hatim) dan Abu Zur’ah tentang al-Ifriqi dan Ibn Lahi’ah, siapakah yang lebih disukai. Mereka berdua menjawab: Kedua-duanya adalah dha’if. (Tahzib al-Tahzib, jil. 3, hal. 244)
Hadis ini ada juga diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah daripada Kathir bin Murrah secara mursal melalui Hajjaj daripada Makhul.
حدثنا أبو خالد الاحمر عن حجاج عن مكحول عن كثير بن مرة الحضرمي قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ” إن الله ينزل ليلة النصف من شعبان فيغفر فيها الذنوب إلا لمشرك أو مشاحن “.
Abu Khalid al-Ahmar menceritakan kepada kami daripada Hajjaj daripada Makhul daripada Kathir bin Murrah al-Hadhrami katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t. turun pada malam nisfu Sya’ban lalu mengampunkan dosa-dosa kecuali kepada orang yang syirik atau orang yang suka berbalah. (Musannaf Ibn Abi Syaibah, jil. 7, hal. 139)
Kedudukan Makhul dari sudut jarh dan ta’dil telah pun dibincangkan sebelum ini manakala kedudukan Hajjaj nanti akan disebutkan dalam perbincangan tentang hadis ‘Aishah.
Kelapan: Riwayat ‘Aishah
حَدَّثَنَا عَبْدَةُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْخُزَاعِيُّ وَمُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ أَبُو بَكْرٍ قَالَا حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَنْبَأَنَا حَجَّاجٌ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ
‘Abdah bin ‘Abdullah al-Khuza’i dan Muhammad bin ‘Abdul Malik Abu Bakr berkata, Yazid bin Harun menceritakan kepada kami katanya Hajjaj memberitahu kepada kami daripada Yahya bin Abi Kathir daripada ‘Urwah daripada ‘Aishah katanya: “Saya mendapati Rasulullah s.a.w. tiada pada satu malam lalu saya keluar mencarinya. Rupa-rupanya baginda berada di perkuburan Baqi’ dalam keadaan mendongak kepalanya ke langit. Maka baginda bersabda: “Wahai ‘Aishah adakah awak bimbang Allah dan Rasul-Nya berlaku zalim terhadap awak? ‘Aishah menjawab: “Memang saya berkata demikian, dan tidak sepatutnya saya buat demikian.Tetapi saya menyangka tuan pergi kepada salah seorang isteri tuan. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t. turun pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia lalu mengampunkan sebanyak bulu kambing Bani Kalb. (Ibn Majah, no: 1389, al-Tirmizi, no: 739)
Perawi-perawi:
1- Hajjaj bin Artah
Hajjaj bin Artah, seorang yang dhaif lagi matruk. Jika perawi itu seorang yang matruk maka hadisnya tidak boleh diterima sama sekali. Tambahan pula, Hajjaj berseorangan meriwayatkan hadis ini. Selain itu, Hajjaj merupakan seorang mudallis, dan riwayat mudallis tidak boleh diterima apabila dia meriwayatkan secara ‘an’anah. Beliau tidak mendengar daripada Yahya bin Abi Kathir.
2- Yahya bin Abi Kathir
Yahya bin Abi Kathir tidak mendengar hadis daripada ‘Urwah. Beliau juga seorang mudallis.
Setelah mengemukakan hadis ini dalam kitabnya, al-Tirmizi membuat komentarnya: “Dalam bab ini ada diriwayatkan daripada Abu Bakar. Hadis ‘Aishah kami tidak mengetahuinya kecuali melalui jalan ini daripada hadis al-Hajjaj. Saya mendengar Muhammad (yakni Imam al-Bukhari) mendha’ifkan hadis ini dan mengatakan Yahya bin Abi Kathir tidak mendengar daripada ‘Urwah dan al-Hajjaj pula tidak mendengar daripada Yahya bin Abi Kathir.” (Jami’ al-Tirmizi, hadis no: 739)
Mengapa al-Tirmizi menyebutkan dalam Wa Fi al-Bab daripada Abu Bakar sahaja sedangkan ada juga diriwayatkan daripada Abu Musa, Mu’az dan Abu Hurairah?
Adakah beliau tidak mengetahui selain riwayat ‘Aishah atau Abu Bakar sahaja. Hal ini tidak sesuai untuk diletakkan kepada beliau yang merupakan seorang pengkaji dan pengkritik hadis. Alasan paling sesuai untuk ditafsirkan maksud Imam al-Tirmizi itu ialah lemahnya hadis-hadis lain dalam bab ini dan ia tidak boleh dijadikan hujah dan sandaran bahawa malam tersebut mempunyai kelebihan khusus.
Penilaian dari sudut dirayah
Hadis-hadis tentang turunnya Allah s.w.t. ke langit dunia (nuzul Ilahi) adalah sahih lagi sabit walaupun terdapat perbezaan pendapat dalam mentakwilkannya. Akan tetapi apakah maksud Allah memerhatikan hamba-hambanya? Ini agak mengelirukan kerana perbuatan memerhatikan dan menjenguk tidak tersebut dalam hadis yang sahih.
يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ وَمَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ وَمَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ
Tuhan kita yang Maha Tinggi dan Agung turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tinggal satu pertiga malam. Dia berfirman, adakah sesiapa yang berdoa kepada-Ku? Aku pasti memperkenan untuknya, adakah sesiapa yang meminta dari-Ku? Aku pasti berikan kepadanya dan adakah sesiapa yang meminta keampunan dari-Ku? Aku pasti mengampuninya. (Sahih Muslim)
Dalam riwayat yang lain disebutkan
يَنْزِلُ اللَّهُ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا كُلَّ لَيْلَةٍ حِينَ يَمْضِي ثُلُثُ اللَّيْلِ الْأَوَّلُ فَيَقُولُ أَنَا الْمَلِكُ أَنَا الْمَلِكُ مَنْ ذَا الَّذِي يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ ذَا الَّذِي يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ ذَا الَّذِي يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ فَلَا يَزَالُ كَذَلِكَ حَتَّى يُضِيءَ الْفَجْرُ
Allah s.w.t. turun pada setiap malam ke langit dunia ketika berlalu satu pertiga malam dan berfirman: “Akulah raja, Akulah raja. Siapakah yang berdoa kepada-Ku? Aku pasti akan memperkenankan untuknya. Siapakah yang meminta daripada-Ku? Aku pasti akan memberikan kepadanya. Siapakah yang memohon ampun daripada-Ku? Aku pasti akan mengampunkannya. Demikianlah yang berlaku sehingga fajar menyinari.
Panggilan Allah akan hamba-hamba-Nya supaya mereka memohon keampunan dan ini berlaku pada setiap hari. Tetapi riwayat yang menyebutkan Allah menjenguk hamba-hamba-Nya itu khusus pada nisfu Sya’ban sahaja. Nampaknya malam ini sangat istimewa berbanding dengan malam-malam lain kerana untuk mendapat keampunan tidak perlu sembahyang dan munajat kepada Allah kerana memadai hanya dengan tidak melakukan syirik dan dendam kepada orang lain. Kalau begitu alangkah mudahnya, cukup dengan tidur sahaja pada malam itu sudah mendapat keampunan. Apa yang penting ialah memastikan diri tidak melakukan syirik dan berbalah dengan orang lain!
Mengapa disebutkan Allah memerhatikan. Tidakkah bercanggah dengan riwayat yang terdapat dalam Sahih Muslim bahawa Allah s.w.t. turun pada setiap malam, bukan malam nisfu Sya’ban sahaja?
Sedangkan pengampunan itu perlu kepada taubat dan amal soleh.
أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنْكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? (Aali ‘Imran: 142)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لَا يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلَّا رَجُلًا كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pintu-pintu syurga dibuka pada setiap hari Isnin dan Khamis lalu diampunkan semua hamba yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatupun kecuali seseorang yang bermusuhan dengan saudaranya. Maka dikatakan, tangguhkanlah kepada dua orang ini sehingga mereka berdamai, tangguhkanlah kepada dua orang ini sehingga mereka berdamai, tangguhkanlah kepada dua orang ini sehingga mereka berdamai. (Malik, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Majah)
Hadis ini bermaksud supaya orang yang berbalah dengan saudaranya itu menyelesaikan dengan segera perbalahan mereka dan berdamai. Walaupun dari satu sudut hadis ini mukhtasar, namun ia hendaklah difahami berdasarkan kepada hadis nuzul Ilahi keampunan diberikan kepada sesiapa yang bertaubat. Orang yang berbalah tidak disebutkan di dalam hadis ini secara mutlak tidak diampunkan sebagaimana yang terdapat dalam hadis Allah memerhatikan hamba-hamba-Nya. Tetapi keampunan akan diberikan juga jika mereka berdua itu berdamai.
Perhatikan bagaimana lafaz hadis yang sahih telah diubah sehingga memberi makna baru dengan mengkhususkan malam nisfu Sya’ban dengan perhatian Allah s.w.t.
Ketidaktetapan pada matan
Dalam matan riwayat Allah memerhatikan hamba-hamba-Nya ini terdapat lafaz “atau” yang tentunya mempunyai pelbagai tafsiran dari sudut bahasa dan juga usul hadis. Menurut bahasa, ia bermaksud kepelbagaian, pilihan, makna “bahkan” dan sebagainya. Dari segi usul hadis, boleh jadi “atau” di sini, dipakai dengan pengertian bahasa atau digunakan oleh perawi bagi menunjukkan beliau syak dalam menyebutkan lafaz yang asal.
Jika “atau” di sini dengan makna syak perawi, adakah perawi dalam setiap sanad syak dalam periwayatan mereka. Hanya dalam hadis Abi Tha’labah tidak ada syak manakala hadis ‘Aishah menyebutkan keampunan itu secara mutlak. Ini bermakna syak berlaku dalam enam riwayat di mana dalam setiap sanad ada sahaja perawi yang syak.
Jika kita menafikan syak perawi, adakah syak itu datang dari Rasulullah s.a.w.? Andaian ini tidak mungkin diterima kerana amat jauh untuk difikirkan baginda mengalami keraguan dalam penyampaian hadis.
Jika diandaikan “atau” di sini bukan dengan makna syak perawi, maka boleh jadi ia mengandungi makna ‘bahkan”. Ini bererti bahawa hadis itu bermaksud orang yang berbalah sama dengan orang musyrik. Mengapa pula disamakan antara dosa orang yang suka berbalah dengan orang musyrik. Bukankah dosa syirik sekali-kali tidak akan diampunkan Allah s.w.t.?
Dalam riwayat Abdullah bin ‘Amr pula menyebutkan orang yang membunuh diri dan riwayat Abi Tha’labah menyebutkan orang kafir dibiarkan dan ditangguhkan kedudukan mereka.
Sekiranya malam 15 Sya’ban mempunyai kelebihan tentu sekali memperbanyak ibadat pada malam itu digalakkan kerana kelebihannya itu seperti malam Lailatul Qadar. Apa makna melarang orang ramai beribadat pada malam nisfu Sya’ban dalam masa sama disabitkan akan kelebihannya.
Setengah pihak mempercayai malam 15 Sya’ban sebagai malam yang mulia kerana pada malam itulah al-Qur`an diturunkan. Sedangkan ahli tafsir mengatakan itu adalah malam Lailatul Qadar bukan malam nisfu Sya’ban. (lihat Tuhfah al-Ahwazi, jil. 3, hal. 504)
Jika diperhatikan, sebenarnya 15 Sya’ban adalah hari yang begitu penting bagi golongan Syi’ah dan ditunggu oleh mereka. Menurut kepercayaan mereka pada malam itu Imam kedua belas di sisi mereka telah dilahirkan.
Menurut mereka pada malam inilah, kononnya Imam Mahdi dilahirkan. Al-Majlisi dalam kitabnya Bihar al-Anwar menukilkan riwayat daripada salah seorang imam, katanya:
Diriwayatkan daripada Musa bin Muhammad bin al-Qasim bin Hamzah bin Musa bin Ja’far katanya, Hakimah binti Muhammad bin Ali bin Musa bin Ja’far bin Muhammad bin Ali bin Hasan bin Ali bin Abi Talib berkata, Abu Muhammad, al-Hasan bin Ali telah mengutuskan seseorang kepadaku katanya, wahai makcik, berbukalah di rumah kami pada malam ini kerana sesungguhnya ia adalah malam nisfu Sya’ban. Sesungguhnya Allah s.w.t. akan membangkitkan pada malam ini seorang hujah yakni hujah-Nya di muka bumi. (Bihar al-Anwar, jil. 51, hal. 2)
Dalam keadaan tidak sedar orang yang mengkhususkan malam ini dengan amal ibadat kerana menyakini adanya kelebihan, mereka merayakan satu malam yang sangat istimewa di sisi Syi’ah Imamiyyah.
Janganlah kita menganggap sesuatu itu mempunyai kelebihan yang khusus sedangkan ia tidak mempunyai asas dalam ajaran Islam. Lebih parah lagi, keistimewaan itu sebenarnya berasal daripada tradisi kepercayaan luar daripada Islam yang hanya mahu menonjolkan fahaman dan bid’ah mereka. Apatah lagi salah seorang daripada perawi hadis ini seorang yang dituduh mempunyai fahaman Syi’ah yang melampau, iaitu ‘Abdullah bin Lahi’ah. (lihat Mizan al-I’tidal, jil. 4, hal. 167-174)
Dengan mereka-reka hadis kelebihan malam nisfu Sya’ban seolah-olah membuka ruang maksiat sepanjang tahun dan apabila tibanya nisfu Sya’ban baru tiba masanya untuk mendapatkan kelebihannya. Sedangkan untuk mensabitkan kelebihan memerlukan kepada dalil yang sahih.
tapi mari berbincang dengan mahabbah =)
“Adapun berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siang harinya, status hadis-hadisnya menjadi perbincangan akademik para ulamak hadis. Jika tidak mencapai ke tahap Sahih, ia tidak boleh dijadikan hujah Syarak, namun berdasarkan Hadis-hadis Sahih diatas, ia boleh dijadikan panduan untuk Fadhail A’mal (Fadhilat-fadhilat Amal Ibadah) dalam Islam. “Tiada halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama kearah mencapai perkara yang sebenar, tanpa usaha tersebut membawa kepada perdebatan yang tercela dan taksub” (Imam Hasan Al-Banna). Berikut adalah sebahagian hadis-hadis berkenaan dari kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty:”
NISFU SYA’BAN: HENTIKAN PENYEBARAN HADIS PALSU
zulhairi
12 syabaan 1433 hijri(2012)
saya boleh jelaskan tentang nifsu syaaban : HENTIKAN PENYEBARAN HADIS PALSU
Adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan bahawa bulan Sya’ban mempunyai kelebihannya tersendiri. Namun, menggalakkan orang ramai beribadah pada bulan ini dengan disebarkan hadis-hadis yang palsu adalah dilarang sama sekali. Kebanyakan hadis-hadis yang disebarkan adalah menyentuh tentang kelebihan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban serta solat dan doa yang khusus pada malam ini. Begitu juga dengan puasa sunat khusus pada hari Nisfu Sya’ban.
a) Hadis tentang kelebihan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban
Tidak terdapat hadis sahih yang menyebut bahawa Nabi saw menghidupkan malam Nisfu Sya’ban ini dengan amalan-amalan yang khusus seperti sembahyang sunat yang khas atau doa-doa tertentu. Malah semua hadis tersebut adalah lemah dan palsu. Di antaranya ialah:
- Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra: ((Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari dan berfirman: “Adakah sesiapa yang memohon ampun daripada-Ku akan Ku ampunkannya. Adakah sesiapa yang memohon rezeki daripada-Ku, akan Ku kurniakan rezeki kepadanya. Adakah sesiapa yang sakit yang meminta penyembuhan, akan Ku sembuhkannya. Adakah sesiapa yang yang meminta daripada-Ku akan Ku berikan kepadanya, dan adakah begini, adakah begitu dan berlakulah hal ini sehingga terbitnya fajar))..
Hadis ini adalah maudhu’, diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman. Rujuk Dhaifah al-Jami’ dan Silsilah al-Dhaifah oleh al-Albani, Dhaif Ibn Majah.
- Diriwayatkan daripada Ibn Umar ra bahawa Rasulullah saw bersabda: ((Barang siapa membaca seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat solat pada malam Nisfu Sya’ban ia tidak keluar dari dunia (mati) sehinggalah Allah mengutuskan dalam tidurnya seratus malaikat; tiga puluh daripada mereka mengkhabarkan syurga baginya, tiga puluh lagi menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang yang memusuhinya)).
Hadis ini menurut Ibn al-Jauzi adalah Maudhu’. (Rujuk Ibn al-Jauzi, al-Maudhu’at, Dar al-Fikr, cet. 1983, 2/128). Imam al-Daruqutni pula meriwayatkan hadis ini daripada Muhamad bin Abdun bin Amir al-Samarqandi dan dia mengatakan bahawa Muhamad adalah seorang pendusta dan pembuat hadis. Pendapat ini juga sama seperti yang disebut oleh Imam al-Zahabi bahawa Muhamad bin Abdun terkenal sebagai pembuat hadis.
- Diriwayatkan daripada Ja’far bin Muhammad daripada ayahnya berkata: ((Sesiapa yang membaca pada malam Nisfu Sya’ban seribu kali surah al-ikhlas dalam sepuluh rakaat, maka ia tidak akan mati sehingga Allah mengutuskan kepadanya seratus malaikat, tiga puluh menyampaikan khabar gembira syurga kepadanya, tiga puluh menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh akan mengawalnya dari berbuat salah dan sepuluh akan menulis mengenai musuh-musuhnya)). Ibn al-Jauzi turut menghukum hadis ini dengan maudhu’.
Kebanyakan hadis-hadis yang menyebut tentang amalan-amalan yang khusus seperti solat, doa dan sebagainya adalah tidak sahih. Justeru, tidak ada amalan–amalan atau ibadah khusus yang disunatkan untuk dilakukan pada malam Nisfu Sya’ban seperti solat tertentu yang dinamakan solat al-Alfiyah atau membaca sesuatu surah (seperti surah Yaasin) supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman atau sebagainya. Jika amalan ini thabit, pasti Rasulullah saw akan mengajarkannya kepada para sahabat dan generasi selepas itu akan menyampaikannya kepada kita.
Al-Hafiz al-Iraqi berkata: ((Hadis tentang solat pada malam Nisfu Sya’ban adalah maudhu’, direka cipta dan disandarkan kepada Rasulullah saw. Hal ini juga disebut oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’: “Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan I’syak pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bid‘ah (ditokok tambah dalam agama)). (Rujuk: Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, cetakan ke-3, Uni.Islam Madinah, hal. 14).
Syiekh Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz berkata: ((Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah merayakan malam Nisfu Sya’ban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidaklah ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu’ seperti mana yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu)).
(Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, hal. 11).
Ulamak kontemporari masa kini, Syiekh Dr. Yusof al-Qaradhawi juga menyatakan di dalam fatwanya: ((Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah)).
Beliau menambah lagi: ((Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya)). (Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)
Para ulama muktabar lain seperti Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah, Imam al-Suyuti, Abu Bakr al-Turtusyi, al-Maqdisi, Ibn Rejab dan lain-lain lagi juga menafikan akan wujudnya amalan ibadah yang khas pada malam Nisfu Syaaban ini. Namun, ini bukanlah bererti malam ini tidak mempunyai kelebihannya, bahkan terdapat hadis-hadis yang thabit yang menyebut akan fadhilat dan kelebihannya, tetapi tidak dinyatakan tentang amalan ibadah khas yang perlu dilakukan. Maka sebarang ibadah yang dilakukan pada malam tersebut tidak boleh disandarkan dengan mana-mana hadis atau pun menganggapnya mempunyai kelebihan yang khas dan tidak juga dilakukan secara berjemaah. Hal ini telah disebut al-Imam al- Suyuti: ((Dan pada malam Nisfu Sya’ban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah)). (Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba’ wa al-nahyu an al-ibtida’ (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61)
b) Hadis tentang kelebihan puasa yang khas pada hari Nisfu Sya’ban.
Berhubung dengan amalan puasa yang khas pada Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis sahih yang menjelaskan perkara ini, malah ia adalah hadis yang lemah. Tetapi jika seseorang itu berpuasa berdasarkan amalan Nabi saw yang memperbanyakkan puasanya pada bulan ini dan termasuk di dalamnya hari Nisfu Sya’ban, maka ini adalah suatu amalan yang baik dan digalakkan. Begitu juga jika seseorang itu mengamalkan puasa sunat Hari Putih dan termasuk di dalamnya hari yang ke -15 pada bulan ini atau puasa sunat yang dilakukan pada hari Isnin dan Khamis. Jika puasa ini dilakukan pada Nisfu Sya’ban sahaja dengan menganggap ia adalah sunnah, maka inilah yang dilarang. Menurut Dr Yusof al-Qaradhawi: ((Di dalam kaedah syara’, tidak dibolehkan untuk menentukan sesuatu hari khusus untuk berpuasa atau sesuatu malam yang tertentu untuk dihidupkan dengan ibadah tanpa bersandarkan kepada nas syara’ kerana sesungguhnya urusan ibadah ini bukanlah urusan yang sesiapa pun berhak menentukannya, tetapi ia adalah hak Allah semata-mata)).
(Rujuk Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah, 2/343)
c) Hadis tentang amalan akan diangkat pada malam Nisfu Sya’ban.
Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa segala amalan manusia akan diangkat pada malam Nisfu Sya’ban. Justeru, kebanyakan umat Islam akan menghidupkan malam ini dengan membaca surah-surah tertentu dengan niat supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan ditetapkan iman. Pendapat ini adalah tidak tepat dan tidak terdapat hadis-hadis sahih yang menjelaskannya.
Demikianlah beberapa perkara yang sering diperbincangkan di dalam bulan Sya’ban ini. Semoga melalui beberapa hadis yang dibawa ini serta pendapat para ulama, jelaslah kepada kita tentang kedudukan hadis-hadis tersebut di sisi ulama hadis.
Ketahuilah sesungguhnya segala perkara yang melibatkan soal pahala, keberkatan, fadhilat dan kelebihan adalah hak milik kekal Allah swt. Tidak ada seorang makhluk pun yang boleh mendakwa dan menjanjikan sebarang fadhilat atau keberkatan tertentu dengan mereka cipta amalan-amalan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah saw dan para sahabat. Marilah sekali lagi kita menyemak dan memastikan segala amalan ibadah yang kita lakukan ini adalah bertepatan dengan sunnah Rasulullah saw untuk melayakkan amalan tersebut diterima disamping diiringi dengan keikhlasan kepada Allah swt. Ayuhlah kita bersama-sama membenteras kegiatan penyebaran hadis-hadis palsu dan dusta di kalangan masyarakat kita. Semoga kita semua akan mendapat pertolongan dan diberikan kekuatan oleh Allah swt.
Assalamu’alaikum,
pertanyaan :MUHD ZULFIKRI
bila tiba bulan sya’ban pasti ada golongan yang mengaku dirinya salafi atau penolong al Quran sunnah, atau firqatun najiah membid’ah sesatkan amalan dlam bulan sya’ban. Seolah-olah mereka ini sudah dijamin masuk ke dalam syurga dan berlagak sebagai Tuhan untuk menghukum ulamak dan umat Islam yang menerima pendapat dibolehkan melakukan amalan tertentu dengan masuk ke dalam neraka.
Moga dijauhkanlah pendapat wahhabi salafi yang suka mengkafirkan, menghukum musyrik dan sesat kepada ulamak dan jemaah Islam.
———————————————————————————
Soalan :
Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya’ban seterusnya berpuasa pada siang harinya?
Jawapan :
Malam nisfu Sya’ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya’ban daripada hadis-hadis (nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).
Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Sya’ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.
Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya :
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : “فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ” – رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .
Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A telah berkata : “Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit.lalu baginda berkata : Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb.”
-Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.
Seterusnya,
عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ ” – رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .
Hadis daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda : “Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya’ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan.”
-Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.
Seterusnya,
عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ” – رواه ابن ماجه .
Hadis daripada Saidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.”
-Riwayat Ibnu Majah.
Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri’tiqod (menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara’ yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : “كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبً” – متفق عليه .
Hadis daripada Ibnu Umar R.A telah berkata : “Nabi S.A.W akan mendatangi masjid Quba pada setiap hari Sabtu samada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan.”
-Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.
Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) :
“Di dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan kepada (hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara berterusan.”
-tamat
Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma’arif) :
“Ulama’ di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam nisfu Sya’ban kepada dua pandangan.
Pertamanya :
Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid.
Khalid ibn Ma’dan dan Luqman ibn ‘Amir dan selain daripada mereka telah memakai sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan celak pada mata serta mendirikan malamnya dengan ibadah.
Dan Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid secara berjamaah : “Perkara tersebut tidaklah menjadi bid’ah.” Kalam ini dinukilkan oleh Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.
Keduanya :
Sifatnya adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan solat serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh dan ‘Alim.” -tamat
Kesimpulannya :
Maka menghidupkan malam nisfu Sya’ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid’ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.
Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi bid’ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya’ban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh.
pertanyaan :
Hezwan
Lupa nak nyatakan sesuatu, pandai hadith bukan bermakna dah boleh berfatwa.
Kendian bila dapat hadith terus jatuh hukum
Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :
ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadith di atas memberi pengertian yang besar kepada mereka yang berani membuat fatwa atau menjatuhkan hukum tanpa ilmu. Entah berapa ramai sekarang ini yang apabila ditanya tentang sesuatu soal agama walaupun tanpa ilmu terus mudah dari lidah dan jarinya mengeluarkan ‘fatwanya’ sendiri. Malahan ada yang hanya belajar melalui buku sahaja tanpa pernah ada asas-asas kaedah untuk mengeluarkan hukum, terus mengatakan itu halal, ini haram. Engkau masuk ke syurga, dan dia masuk neraka.
Bayangkan seorang yang jahil dalam ilmu kedoktoran kemudian apabila ada pesakit yang selsema dan ia mengatakan pesakit ini harus dibedah perutnya. Inilah kerosakan yang telah dibuat.
Fahamlah, rupanya proses untuk mengeluarkan fatwa itu sendiri bukanlah senang. Kerana ulamak takut untuk mengeluarkan hukum tanpa hak.
Salah seorang ulama yang sezaman dengan Imam Ahmad pernah ditanya orang :
“Jika seseorang sudah dapat menghafal seratus ribu hadith, dapatkah ia dikatakan sebagai faqih…? “Tidak…!”, jawabnya. “Dua ratus ribu hadith..?” “Tidak..!.. katanya. “Tiga ratus ribu hadith..?” “Tidak..! Jawabnya. “Empat ratus ribu hadith..? “Juga tidak..!, tetapi begini (iaitu lima ratus ribu) katanya sambil mengisyaratkan dengan sebelah telapak tangannya.
Dengan menghafaz belumlah dikatakan seorang faqih yang dapat mengeluarkan fatwa selagi ia tidak mempunyai kemampuan untuk memenuhi syarat-syarat lain untuk berfatwa.
Ulamak salaf (ulamak yang hidup di kurun ke 3 dan sebelumnya- kurun yang terbaik) melarang keras orang yang berani mengeluarkan fatwa tanpa mempunyai ilmu dan persediaan yang cukup.
Alangkah, para ulamak muktabar yang benar-benar takutkan ALlah seperti Imam Malik pernah berkata :
Jika seseorang diminta untuk berfatwa, sebelum memberikan jawapan ia wajib meletakkan dirinya antara Syurga dan Neraka, serta memikirkan nasibnya di Akhirat nanti, kemudian baru boleh ia memberikan jawapan (mengeluarkan fatwanya)”.
Ibn al Qasim berkata :
“Aku pernah mendengar Imam Malik berkata : “Saya sedang memikirkan (jawapan) bagi suatu kemusykilan sejak beberapa puluh tahun dulu, tetapi hingga saat ini belum juga sampai kepada pendapat yang pasti”.
Ibn Abi Layla pernah berkata :
“Saya menemui seramai seratus dua puluh orang Ansar dari sahabat Rasul sallaLLahu ‘alaihi wasallam, jika seorang di antara mereka diajukan pertanyaan (diminta berfatwa), ia akan mengalihkannya kepada yang kedua, dan orang yang kedua akan mengalihkannya kepada orang ketiga dan seterusnya. Sehingga pertanyaan tadi kembali kepada orang yang pertama. Jika salah seorang daripada mereka diminta untuk berfatwa atau ditanya tentang sesuatu masalah, ia akan memohon sahabat yang lain menjawabnya.
Laman web Darul Kautsar ada melakukan jenayah ilmu, Diambil pendapat muhaddith yang menyokong pendapat mereka sahaja dengan tujuan menghukum sesat dna bid’ah. Di situlah berkumpul anak murid Rasul Dahri seperti an Nawawi (- penulis blog, an nawawi da blog, bahaya-syirik dan fiqh-sunnah) Rasul Dahri (menghukum kafir kepada golongan asya’iroh). Haih…
Pertanyaan:Nurul Anis Farhana
Mengenai golongan islam yang mana yang paling benar dalam mengimani agama islam nya, mari kita belajar dari sejarah umat umat terdahulu yang diceritakan di dalam Al Quran.
Surah Yunus (10)
Ayat 36….Kebanyakan dari kalangan manusia hanya bersandarkan kepada andaian semata. Yang nyata, andaian tidak dapat menggantikan yang haq. Sesungguhnya Allah Maha Tahu apa yang mereka lakukan.
Ayat 37….Dan Quran ini tidak bisa diciptakan selain oleh Allah, dimana ia mengesahkan apa apa yang sebelumnya dan menjelaskan apa apa yang telah ditetapkan untuk manusia. Padanya tiada keraguan dari Tuhan sakelian alam.
“Umat Nasrani bersekongkol dgn mengatakan bahawa Nabi Isa itu anak Allah. Umat Muslim bersekongkol dgn mengatakan bahawa Hadis & Sunnah itu adalah juga sebahgian dari wahyu Allah”
“Bila nama Allah saja yg disebut mereka tidak merasa senang dan tenteram tetapi bila ada nama selain nama Allah disebut bersama dgn Nya baru mereka bisa merasa senang dan tenteram”
Dari cerita2 umat umat terdahulu itu, kita akan dapati bahawa golongan mayoritas nya cenderung kpd penyimpangan satelah setiap kali Nabi yg di turunkan Allah itu wafat. Penyesatan atau penyimpangan itu akan mula terjadi paling tidak sekitar 50 tahun kemudian satelah wafat nya para nabi2 mereka. Sejarah penyesesatan umat terdahulu itu seakan akan satu hal yg lumrah. Penyimpangan dari landasan yg telah ditetapkan oleh para Nabi2 Allah itu pasti terjadi.
Saya percaya umat Nabi Muhammaad juga tidak terkecuali. Nah sekarang umat Nabi Muhammad ini sudah 1400 tahun lebih. Apakah kita yakin kita tidak saperti umat umat yang terdahulu itu yg cenderung kpd penyimpangan? Apa istimewa nya kita, umat Nabi Muhd.ini? Tidak ada keistimewaan nya dan tak ada bezanya. Saya yakin kita jugak sama saperti umat terdahulu itu yg cenderung kpd penyesesatan dan
penyimpangan. Nah. Sekarang kalau kita kaji dari segi mana nya kesesatan golongan mayoritas umat Muhammad ini kita akan dapati bahawa penyesesatan golongan mayoritas adalah dalam mengimani kpd apa yg di sebut Hadis dan Sunnah Nabi. Baik mereka yg mengaku Ahli Sunnah Wal Jamaah, Baik mereka yg mengaku Ahlul Bait (Golongan Syiah). Baik mereka yg mengaku Wahabi.dan saterus nya. Rata
rata golongan2 ini yg juga menjajdi golongan mayoritas umat islam ini tidak lepas dari taasubnya kpd ulama2 mereka atau imam2 mereka selain dari Hadis dan Sunnah Nabi itu. Karena apa? Karena Hadis dan Sunnah ini tidak ada pada waktu sekitar 100 tahun satelah wafat nya nabi Muhammad s.a.w. Tidak ada yg nama nya Bukhari-Muslim dan saterus nya. Tidak ada Iman Empat (Shafii, Maliki, Hanbali
dan Hanafi). Unsur2 dari kitab2 ini dan pendapat ulama2 ini hanya berdasarkan andaian semata.
Mahukah kita ambil iktibar dan pelajaran dari umat umat terdahulu yg di ceritakan kpd kita melalui Al Quran.? Saya yakin tidak ramai yg akan mengambil iktibar dan pelajaran dari hakikat ini sebagaimana nya tidak ramai dari umat yg terdahulu. Namun sabagai amanah yg diwajibkan tulisan ini hanya sebagai usaha utk mereka yg mahu belajar dari sumber yg kuat dan meyakinkan ia itu kitabullah Al Quran dan buat mereka yg mahu BERFIKIR SECARA BERANI, ADIL, IKHLAS dan RENDAH HATI demi utk mendapatkan keredhaan kpd Allah subhanahu wataalaa…..
Amin…..
MENGAKHIRI PERBINCANGAN HARI INI DENGAN TASBIH KIFARAH DAN SURAH AL ANNAS

syabaan
Islam memberikan pelbagai peluang keemasan yang
seharusnya diterokai dan diikuti oleh setiap penganutnya. Peluang yang
diberikan oleh Islam ialah dengan memberikan pelbagai tawaran dan
ganjaran yang akan diperolehi sekiranya mereka berusaha untuk mematuhi
ajarannya. Inilah yang mencorakkan keindahan ajaran Islam. Semua ini
bertindak sebagai pencetus daya motivasi mereka untuk terus berusaha
dan bekerja di samping mengejar segala kebaikan dan menjauhi segala
kejahatan. Kelebihan yang baik itu seterusnya diberikan hanya kepada
mereka yang berusaha mencari kebaikan dan menghapuskan kejahatan.
Salah
satu peluang yang mesti direbut itu adalah mengejar kebaikan yang hanya
diberikan oleh Allah dalam bulan-bulan tertentu dan tidak pada
bulan-bulan yang lain. Jika ada, ganjaran di bulan tersebut tentunya
lebih baik lagi jika dibandingkan dengan kebaikan yang ada pada
bulan-bulan yang lain. Sesungguhnya, setiap ganjaran akan diberikan
oleh Allah kepada para hambaNya dalam bulan-bulan tertentu. Ini
bertujuan untuk meningkatkan kesungguhan mereka berusaha dan beramal,
malah ini untuk kebaikan mereka juga. Inilah peluang keemasan yang
semestinya mereka kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan
mulia. Sudah tentu, mereka pula janganlah semata-mata ingin memperolehi
ganjaran itu, tetapi yang lebih utama adalah mendapatkan keredhaan
Allah, dan inilah yang lebih penting. Kerana ganjaran baik itu akan
mereka perolehi jika Allah meredhai amalan mereka.
Kelebihan
yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para hamba
yang ikhlas. Banyak hadis Rasul S.A.W yang diriwayatkan menceritakan
kelebihan bulan ini. Antaranya ialah sabda Rasul S.A.W bermaksud: Bulan
Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan
Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan
dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. Nabi S.A.W.
memberikan simbolik bahawa bulan Syaaban sebagai bulan baginda. Ini
diertikan sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan amal ibadah.
Simbolik ini juga bererti umatnya sepatutnya melakukan banyak amal
ibadah sebagaimana yang banyak dilakukan oleh baginda.
Antara
amalan yang amat digalakkan dilakukan dalam bulan ini ialah puasa.
Amalan ini bolehlah dianggap sebagai satu amalan yang agak sukar,
kerana ia benar-benar menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal
seseorang. Bagaimanapun, inilah antara amalan yang banyak ganjarannya
jika dilakukan dalam bulan ini. Ini bertepatan dengan sabda Rasul S.A.W
bermaksud, Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan
Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi
Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala
Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini,
dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas dari kegelapan alam
kubur, bebas dari hura-hara munkar dan nankir, ditutup Allah akan
aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya.
Dalam
sebuah hadis lain, baginda Rasul S.A.W. bersabda yang bermaksud,
Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan
Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan
mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan
sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid. Itulah
antara kelebihan berpuasa dalam bulan Syaaban. Di samping itu, berpuasa
dalam bulan ini juga adalah sebagai persediaan untuk melakukan ibadah
puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan.
Seterusnya
bulan Syaaban ini juga merupakan bulan di mana setiap doa orang-orang
beriman akan dimakbulkan Allah. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Abdullah Umar, Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Dalam solat lima waktu
yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10
Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya,
iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Di
samping memohon doa, umat Islam juga digalakkan untuk bertaubat dan
memohon keampunan di atas keterlanjuran mereka dalam bulan ini. Rasul
S.A.W bersabda bermaksud, Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah
datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini, pintu-pintu langit
dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa,
sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah
mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan
dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan
riba�, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu
domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan.
Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka
benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya.
Inilah
antara beberapa kelebihan yang Allah kurniakan untuk para hambaNya
dalam bulan Syaaban. Allah yang bersifat Maha Pemurah akan tetap
memberi semua kelebihan ini bagi mereka yang benar-benar ikhlas dan
bersungguh-sungguh dalam amalan mereka. Semua ganjaran ini juga adalah
sebagai perangsang kepada mereka untuk melipatgandakan amalan dan usaha
mereka. Mereka hendaklah merebut peluang keemasan ini untuk kejayaan
mereka di dunia dan di akhirat selagi hayat di kandung badan. Ini juga
bertepatan dengan maksud hadis Rasul S.A.W bermaksud, Rebutlah peluang
lima perkara sebelum datangnya lima perkara, masa muda sebelum
datangnya masa tua, masa lapang sebelum datangnya masa sibuk, masa
senang sebelum datangnya masa susah, masa sihat sebelum datangnya sakit
dan masa hidup sebelum datangnya mati.
Tak lama lagi akan masuk bulan Syaaban. Untuk itu, saya just nak bagitau sikit beberapa kelebihan bulan Syaaban. Antara kelebihan amalan di bulan Syaaban adalah seperti berikut :
- Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
- Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya
- Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid
- Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak
- Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.
Sempena bulan Syaaban dan malam Nisfu Syaaban, saya nukilkan beberapa hadis dari kitabSahih Al-Bukhari dan kitabAl-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty. “Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran.
Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud),“Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).
Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata,“Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – pent)”. Aisyah ra menyambung,“Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).
Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra. berkata (bahawa)kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).
Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud)“Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ?Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).
Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnyaharipertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari diatas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail disetiap malam,dan yang mana initermasuklahmalam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).
Adapun berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siang harinya, dengan secara khusus menyebut kalimat “Nisfu Syaaban”, status hadis-hadisnya (sahih, hasan sahih, hasan, dhaif, maudhuk dll) adalah menjadi perbincangan akademik para ulamak hadis. Jika tidak mencapai ke tahap Sahih, ia tidak boleh dijadikan hujah Syarak,namunjika dipadankan denganHadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari diatas, ia boleh dijadikan panduan untuk Fadhail A’mal (Fadhilat-fadhilat Amal Ibadah) dalam Islam.“Tiada halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama kearah mencapai perkara yang sebenar, tanpa usaha tersebut membawa kepada perdebatan yang tercela dan taksub” (Imam Hasan Al-Banna).
Akhirnya nanti, secara amalinya, bangun malam (qiamullail) dan berpuasa 14hb Syaaban adalah ibadah yang Syar’iyy, merupakan salah satu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) dan bukan bid’ah.
Berikut adalah sebahagian hadis-hadis berkenaan Nisfu Syaaban dari kitabAl-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty:
Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda,“Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).
Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata,“Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadisHasan Sahih.
Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud,“Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkandia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.
Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud,“Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.
Akhir kata,Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu). Ameen ya rabbal alameen.
Subscribe to:
Posts (Atom)